Followers

Saturday, 25 June 2011

Hujung Minggu

Assalamualaikum
bersua lagi kita dalam penulisan saya ni.ari ni saya nak kongsi skit la dengan korang semua,tadi aku keluar (tu pun sebab kawan yang ajak) ke permatang pauh penang katanya nak pg ambik bamper kereta yg telah di beli dekat mudah.my kira ok la urusan dakat website tu..ok berbalik pada citer selesai je urusan jual beli kami pun bertolak balik.Dalam keadaan tak rancang kami singgah la dekat mall tibe2 teringin plak rasenya nak tengok wayang.kami pegi dekat screen depan kaunter kami tengok ape citer yang di tayangkan..lepas tu kami pun pegi ke kaunter n kami pilih nak tengok KL Gangster.ape yang saya nak kongsikan dengan anda jalan citer,sound effek & aksi,para pelakon...1st jalan citer memang jalan citer die dapat di fahami dan mempunyai mesej yang ternyata dapat kita ambil dan kita juga dapat menyelami alam gangter yang mane mereka berpuak2 serta sering merebut kawasan bagi pendapat wang perlindungan dari tempat yang mereka jaga,2nd sound effek perghhh memang power gempak,manakala aksi2 dalam filem tersebut memang gangster memang nampak real la serta dialog2 yang di gunakan membawa kita ke alam samseng yang penuh dengan pergaduh perebutan kuasa dan macam2 lagi.3rd para pelakon,pemilihan pelakon amat la penting dalam sesebuah filem ini bagi menjamin mutu lakonan serta pelakon yang memegang watak tersebut dalam dilakukan dengan sempurna,antara barisan pelakon dalam filem KL Gangster Aaron Aziz (malek) , Syamsul Yusof (shark), Zizan Raja Lawak (fadil aka abg long dil), Adi Putra (jai), Sheera Iskandar (zati), Shoffi Jikan (ajib), Ku Faridah ( mak Malek), Ridzuan Hashim (King), Corrie (Dragon). filem ini juga telah memecah rekod yang di pegang oleh filem kongsi yang mana telah mengutip sebanyak 1.5juta pada hari pertama tayangan.apa yang dapat saya simpulkan kepada yang belum tengok citer KL Gangster memag korang takkn rugi kalau korang tengok memang berbaloi la korang bayar harga tiket tu sebab citer dia memang best.KL Gangster memang best x percaya korang kena la tengok sendiri..

Ragam Manusia

Assalamualaikum
sambil duduk releks2 aku terlintas nk buat entry pasal kerenah dan ragam manusia ataupun orang.bila aku tengok dan korang juga tentu terfikir orang ni banyak kerenah serta ragamnya.apa yang aku nak kongsi dengan korang ialah ragam serta kerenah orang yang kadang2 tak boleh tengok kita maksud aku suka nak jaga tepikain kita padahal kita pakai seluar hihih ( saje la bt lawak). orang yang macam ni tak merase senang bila die lihat kita senang dan die akan mula kacau kita dan buat2 citer pasal kita sehingga la hati die merase puas (biasanya takkan puas) golongan atau individu tersebut akan cuba mempengaruhi orang lain supaya membenci dengan menceritakan akan keburukan kita,kerenah ini biasenya berlaku di kalangan golongan perempuan.bukan aku nk cakap perempuan atau wanita tu tak baik.tapi ia senonim dengan kaum hawa,apa yang menyedihkan adalah ia ada golongan yang mempunyai kerenah atau ragam yang suka memulaukan seseorang apabila ia tidak suka,malah yang menyedihkan ia akan cuba menghasut orang lain supaya membenci seseorang tanpa sebab dan alasan.apa yang dapat aku simpulkan kerenah serta ragam manusia ni berbeza-beza tapi bagi saya ragam serta kerenah yang suka jaga tepikain orang,suka memulaukan orang adalah sesuatu sifat yang tidak elok malah die akan memakan diri kita sendiri.jadi tepuklah dada fikirlah dengan fikiran kelas pertama..sehingga jumpa lagi di entry seterusnya..salam sayang dari abey untuk anda semua

Thursday, 23 June 2011

Pengalaman Saya

Assalamualaikum
Saya nk story skit pasal pengalaman sy membuat blog ni...banyak la cubaan dah rintangan dan dengan pertolongan kawan2 saya dapat la wujud blog ni sekarang...time kasih dekat kawan2 yang banyak menolong saya...sy ni bukan tahu sangat...masih baru dalam dunia blogger ni..dan kepada kawan2 yg singah di blog saya ni sudi2 la follow dan komen dekat blog ni..insya allah ia akan memantapkan lagi blog dengan ilmu pengetahuan saya yang tak seberapa ni. hingga jumpa lagi

Sunday, 19 June 2011

Sekapur Sirih Dari Saya

assalamualaikum
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya telah tiba dimana blog yang saya buat akhirnya siap juga,walaupun seberapa tapi saya dah buat yang terbaik(bagi aku la)....hari ni secara rasminya blog ni siap sepenuhnya...kepada rakan-rakan sudi-sudi la follow dan komen serta singgah2 la dkt blog saya ni yea...ok la setakat ni dulu lah dan sebagai pembukaan dan perasmian (macam yb je rase) bg blog yg baru di wujudkan ni...salam sayang dari saya buat korang semua....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...